Monday, December 16, 2013

KAWASAN TADAHAN HIJAU (GREEN BELT)

Kawasan tadahan hijau atau “green belt” merujuk kepada kawasan yang dirizabkan untuk ruang terbuka (open space), yang pada kebiasaannya mengelilingi kawasan bandar besar. Tujuan utama merizabkan kawasan green belt ini adalah untuk melindungi tanah (land) di seitar kawasan bandar daripada ancaman rebakan bandar dan untuk mengekalkan kawasan yang dikhususkan untuk perhutanan dan pertanian serta habitat hidupan liar terjaga dan tidak terusik. Green belt menawarkan pelbagai kebaikan kepada populasi bandar dan juga desa.

Hal ini kerana, mengambil contoh proses rebakan bandar, sekiranya proses ini berlaku, maka kawasan tanah lapang akan diguna sebagai kawasan pembangunan di mana proses pembangunan ini akan mengganggu aktiviti pertanian yang dijalan penduduk dan juga akan memudarkan keunikan identity komuniti desa. Oleh itu, kawasan green belt akan membantu mencegah hal ini daripada berlaku agar kepentingan pertanian dan penduduk desa dapat dijaga. Bagi penduduk bandar pula, kawasan green belt ini berfungsi sebagai kawasan untuk mereka menjalankan aktiviti luar serta membenarkan mereka untuk mendapatkan udara bersih dan sihat dan kurang tercemar berbanding kualiti udara yang mereka ada di kawasan bandar.

Kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan green belt mestilah tidak dijalankan dengan sebarang pembangunan memandangkan kawasan green belt didefinisikan sebagai kawasan terbuka. Namun begitu, ia tidak bererti kawasan ini tidak boleh dibangunkan langsung. Kebiasaannya, pembangunan yang melibatkan penyediaan infrastruktur seprti sanitasi dan kemudahan pertanian adalah dibenarkan. Terdapat juga kes-kes pertukaran guna tanah kawasan green belt ini kepada guna tanah yang lain, dan untuk proses ini, perlulah mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Pun begitu, kes seperti ini jarang berlaku  namun ia bukanlah mustahil. Mengambil contoh misalnya kawasan pertanian yang tidak mendatangkan hasil ataupun terbiar, kawasan ini boleh dibangunkan sekiranya mendapat kebenara daripada PBT. Terdapat beberapa kes seperti ini namun ia bukanlah pada saiz yang besar. Polisi dalam memastikan kawasan green belt terus terjaga dan terpelihara  adalah penting untuk mengekalkan kepentingan kawasan ini dalam kehidupan kita.

Di UK misalnya, kerajaan UK melaksanakan polisi green belt melalui pihak berkuasa tempatan mereka. Kerajaan UK menggalakkan PBT mereka melindungi tanah di sekitar bandar mereka dengan menyediakan kawasan green belt. Kawasan ini berfungsi untuk menghalang perebakan kawasan bandar ke kawasan pinggir dan luar bandar. Malaysia juga seharusnya menggalakan polisi sebegini untuk dipergiatakan dan dikembangkan ke dalam pihak PBT agar kawasan lapang terus terjaga dan tidak sewenang-wenangnya dibangunkan demi memenuhi hasrat individu atau pihak berkepntingan. Tidak dinafikan bahawa pembangunan itu penting, namun kita juga tidak boleh menggadaikan alam demi memenuhi setiap tuntutan dan kemahuan kita. Perancangan yang teliti perlu dilaksanakan supaya kawasan green belt dapat dijaga dan terus terpelihara.


**kredit kepada The Tree Bench Company untuk artikel mereka bertajuk “What is Green Belt Land and Its Purpose”…

1 comment:

  1. Lucky Club - Casino Site | Lucky Club Online Casino
    Lucky Club is a new casino, providing a place to play. It's not a new casino site that we've found anywhere else in Vegas. They're luckyclub.live actually

    ReplyDelete