Tuesday, October 29, 2013

Komuniti Lestari

Setiap ahli pemikir mempunyai pendapat masing-masing dalam mendefinisikan komuniti lestari. Misalnya, Jabatan Perumahan, dan Pembangunan Bandar U.S (HUD), Jabatab Pengangkutan U.S (DOT) dan Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar (EPA) dalam usaha meningkatkan akses penduduk kepadaperumahan mampu milik telah mendefinisikan komuniti lestari sebagai sebuah kawasan yang mempunyai kepelbagaian perumahan dan pilihan pengangkutan, mengurangkan pencemaran dan air larian permukaan, mengurangkan kos infrastruktur, memelihara kawasan bersejarah dan kawasan sensitif, mengurangkan masa perjalan, mantap ekonomi dan memenuhi permintaan pasaran perumahan mengikut jenis harga.

Tujuan kepada semua ini adalah untuk membolehkan komuniti bandar, luar bandar dan pinggir bandar untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dengan melabur untuk kesihatan, keselamatan dan kawasan kejiranan yang berada dalam lingkungan pejalan kaki. Pembangunan komuniti lestari merupakan wadah penting dalam pembangunan negara amnya, kerana ia mengeratkan lagi hubungan antara ekonomi, menambahkan lebih peluang pekerjaan di samping menyediakan asas untuk bertahan dalam jangka masa panjang, penggunaan tenaga secara efisien, dan mengekalkan kesihatan manusia dan alam sekitar.

Pembangunan komuniti lestari bukan sahaja bersandarkan kepada pembangunan masyrakat sahaja namun juga berkait dengan kesaksamaan, bekalan air, pengangkutan yang baik, penguunaan tenaga dan pengurusan sisa dan pepejal. Dalam erti kata lain, berdasarkan kepada pembacaan saya, komuiniti lestari ini memberikan penekanan lebih kepada kelestarian alam sekitar dan juga kelestarian ekonomi.

Dalam membentuk kepada pembangunan komuniti lestari, Jabatan Perumahan, dan Pembangunan Bandar U.S (HUD), Jabatab Pengangkutan U.S (DOT) dan Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar (EPA) telah menggariskan beberapa prinsip yang saya rasakan berseusian juga untuk dilaksanakan di Malaysia, bahkan sebenarnya sebahagian daripada prinsip-prinsip yang digariskan sebanarnya sudahpun dilaksanakan dalam pemerkasaan komuniti lestari di Malaysia. Antara prinsip tersebut ialah:
  • ·      Penyediaan kepelbagaian mod pengangkutan
  • ·      Menggalakkan perumahan mampu milik
  • ·      Menambahbaik ekonomi yang kompetitif
  • ·      Menyokong komuniti sedia ada
  • ·      Koordinasi antara polisi di persekutuan dan pelaburan
  • ·      Menghargai komuniti dan kejiranan

Prinsip-prinsip di atas nyata memberikan penekanan kepada pembangunan komuniti dan juga pembentukan ekonomi yang lebih baik. Malaysia juga perlu belajar daripada negara maju yang lain (sharing knowledge or transferring knowledge) dalam usaha menjitukan lagi langkah-langkah awal yang telah dilaksanakan dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti, misalnya dalam aspek penyediaan perumahan mempu milik.



*kredit kepada , Jabatan Perumahan, dan Pembangunan Bandar U.S (HUD), Jabatab Pengangkutan U.S (DOT) dan Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar (EPA) untuk artikel mereka yang boleh dilayari di http://www.sustainable communities.gov


Sunday, October 13, 2013

PEMANASAN GLOBAL (part 1: Faktor-faktor pemanasan global)


Pemanasan global merupakan isu sejagat yang semakin menunjukkan tanda-tanda yang ketara dalam dunia hari ini. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh peningkatan pemerapan gas yang dipanggil sebgai gas rumah hijau yang mana gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke atmosfera. Gas rumah hijau ini bersifat membiarkan bahang matahari menembusinya tetapi tidak membenarkan bahang bumi dipantulkan semula ke atmosfera. Di antara jenis-jenis gas rumah hijau ini ialah karbon monoksida, karbon dioksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, dan nitrogen dioksida. Peningkatan pemanasan global yang dialami dunia hari ini dapat drasai dengan jelas terutama di kawasan kutub utara dan selatan kawasan pembangunan perindustrian,  dan kawasan bandar (Azahari, 2007).

illustrasi proses pemanasan global

Terdapat pelbagai punca dan factor yang mendorong kepada peningkatan pemanasan global sejagat pada hari ini.

Antara punca utama yang dapat dikenalpasti mendorong kepada peningkatan pemanasan global hari ini ialah perindustrian. Bidang perindustrian banyak menggunakan bahan api fosil seperti arang batu dan gas bagi menggerakkan msein dan jentera. Negara seperti China dan India merupakan antara negara yang sangat bergantung kepada penggunaan bahan bakar fosil ini. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) mendesak seluruh kerajaan dunia dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera namun negara membangun seperti India China tidak bersetuju dengan pengurangan penggunaan bahan bakar fosil.

peningkatan bidang perindustrian

Faktor kedua peningkatan pemanasan global dunia hari ini ialah pengangkutan. Gaya hidup masyarakat dunia hari ini yang mementingkan penggunanaan pengangkutan yang membakar bahan bakar minyak bagi menggerakkan kenderaaan telah menyebabkan masalah pemanasan global hari ini semakin teruk. Pembakaran minyak tanpa plumbum telah meningkatkanpembebasan gas kerbon monoksida dan karbon dioksida ke ruang udara. Banyangkan jika seluruh dunia hari ini bergantung kepada pengangkutan yang memerlukan kepada penggunaan bahan bakar seperti petrol ini.

Selain itu, masalah pembakaran hutan yang semakin kerap berlaku juga menyebabkan masalah pemanasan global ini semakin teruk berlaku. Pembakaran hutan misalnya yang berlaku di Sumatera telah berlaku secara berleluasa dan bsar-besaran bagi membersihkan kawasan hutan untuk menjalankan kegiatan pertanian, petempatan mahupun pembangunan dan hal ini telah mendorong kepada krisis pemanasan global dunia. Pembakaran hutan yang dijalankan telahmenyebabkan keseimbangan oksigen dan karbon dioksida di ruang udara menjadi tidak seimbang. Pembakaran menyebabkan lebiha karbon dioksida terkumpul lalu menyumbang kepada gejala pemanasan global.

Dalam kehidupan seharian kita , sebenarnya tanpa kita sedar aktiviti pertanian dan penternakakn juga turut menyumbang kepada peningkatan pemanasan global. Hal ini kerana, aktiviti pertanian banyak menggunakan racun-racun serangga dan baja yang secara berlebihan di mana penggunaan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan ini sebenarnya telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana. Kegiatan penternakan walaupun penting dalam enjana ekonomi sebenarnya juga menyumbang kepada pemanasan global. Pembuangan najis haiwan ternakan seperti lembu dan kambing telah menyebabkan lebih banyak gas metana dilepaskan ke ruang udara.

 cantik, tetapi menyumbang kepada pemanasan global


Kredit kepada Azahari di http://my-work-global-warming.blogspot.com/

Tuesday, October 8, 2013

SETINGGAN (Bahagian 2: Faktor kewujudan setinggan)


Setinggan yang wujud pada hari berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang telah dikenalpasti.

i.                Peningkatan aktiviti perindustrian
Aktiviti perindustrian di kawasan bandar-bandar seperti di Kuala Lumpur semakin banyak berkembang dan ini menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Hal ini menyebabkan berlakunya migrasi oleh penduduk luar bandar ke kawasan bandar memandangkan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan di kawasan bandar ini. Pembukaan lebih banyak kawsan industri ini memberikan peluang kepada penduduk luar bandar untuk merebut peluang yang lebih baik bagi mengubah hidup mereka. Namun malangnya, hal ini menjadikan penduduk di kawasan bandar bertambah padat dan menyebabkan kemudahan kediaman dan petempatan tidak dapat dipenuhi. Jadi sebagai alternatif yang lebih mudah, golongan ini menjadikan kawasan setinggan sebagai pilihan mereka. Ini mata ketara bagi golongan yang baru berhijrah ke kewasan bandar memandangkan mereka perlu menstabilkan dulu ekonomi mereka. Namun begitu, rata-rata penduduk yang menjadikan setinggan sebagai kediaman mereka telah menyebabkan masalah setinggan di negara ini terus vberlaku.

ii.              Kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI)
Golongan PATI bukanlah lagi satu fenomena luar biasa yang berlaku di negara ini. Kebanjiran PATI ini telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu dan trend ini semakin meningkat saban tahu. Golngan ini masuk melalui pelbagai saluran secara haram dan membanjiri kawasan petempatan penduduk tempatan. Namun begitu, kebanjiran mereka ini juga turut mendiami kawasan setinggan menjadikan masalah setinggan ini semakin teruk. Ini mungkin disebabkan oleh kedegilan majikan yang mahu mendaptkan tenaga buruh yang ;ebih rendah berbanding guna tenaga tempatan yang lebih mahal.

iii.             Penduduk tempatan yang berpendapatan rendah
Majalah Massa (2000) menyatakan bhawa petempatan haram itu merupakan tujuan utama bagi penduduk berpendapatan rendah utuk menetap dan bernafas di bandar utama. Perbandaran dan juga kos sara diri yang semakin meningkat juga menyebabkan taraf hidup penduduk turut meningkat. Hal ini merupakan sebahagiam daripada penduduk bandar terutamanya yang berpendpatan rendah tidak mampu untuk mendaptkan kediaman yang lebih baik. Justeru itu, ini menyebabkan mereka memilih kawasan setinggan sebagai kawasan kediaman mereka mengikut kemampuan mereka.

iv.             Wujudnya kawasan terbiar
Kawasan-kawasan terbiar terutamanya di kawasan bandar yang tiada pantauan dan pemerikasaan daripada pihak berkuasa memberikan kesempatan kepada golongan tidak  bertanggungjawab ini sewenang-wenangnya mendirikan petempatan mereka sendiri tanpa menghiraukan status pemilikan tanah tersebut.

v.              Kurangnya rumah kos rendah
Trend pembangunan hartanah berbentuk perumahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini memperlihatkan pemaju lebih gemar membangunkan perumahan kos sederhana dan tinggi. Ini menyebabkan kesulitan kepada golongan berpendapatan rendah memandangkan mereka tidak mampu untuk mendapatkan dan memiliki perumahan tersebut. Ini mendrong mereka untuk membina petempatan setinggan memandangkan kosnya lebih murah dan tidak perlu membayar sewa bulanan yang membebankan.

Faktor-faktor yang disenaraikan di atas hanyalah sebahagian sahaja daripada perlbagai factor lain yang menyebabkan permasalahan setinggan berlaku dan terus berlaku. Walau bagaimanapun, usaha dan kajian yang terancang hendaklah dijalankan bagi memastikan masalah setinggan ini tidak terus menghantui pembangunan negara Malaysia. Ini kerana, imej yang dibawakan oleh perumahan setinggan memberikan refleksi yang kurang elok kepada negara.

Kredit kepada Pahlawan Terakhir, pemilik blog di http://pahlawan-terakhir.blogspot.com/2011/11/isu-penempatan-setinggan.html

SETINGGAN (Bahagian 1: Jenis-jenis setinggan)


Setinggan merupakan isu yang sentiasa dicanang saban tahun dalam pembentukan imej Malaysia yang lebih baik. Masalah setinggan bukanlah perkara yang baru timbul hasil daripada tuntutan kemjuan dan pemodenan, tetapi telah lama wujud sedari tahun 1970an lagi. Biasanya setinggan dikaitkan dengan penduduk golongan kelas bawahan yang mendiami kawasan bandar, terutama kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur (Abdul Rahman Embong et al., 2011). Di dalam kajian beliau bersama sekumpulan lagi penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), masalah setinggan merupakan masalah serius dalam bandar-bandar hari ini akibat proses perbandaran yang berlaku dengan pesat. Pada tahun 2011 sahaja, dianggarkan seramai 50,000 keluarga dengan penduduk seramai 300,000 orang telah menetap di kawasan setinggan di seluruh negara. Di Kuala Lumpur sahaja, penduduk setinggan telah membentuk sebanyak lebih kurang 25% daripada jumlah penduduk di Bandaraya Kuala Lumpur ini. Dalam penulisan Abram (1966) dan Abdul Aziz Husin (2004), mereka telahm engklasifikasikan setinggan kepada enam kategori, iaitu:

i.                Setinggan penyewa
Setingan jenis ini merupakan golongan setinggan yang paling miskin. Golongan ini menyewa rumah daripada golongan setinggan lain. Kebiasaannya, golongan ini terdiri daripada mereka yang baru berpindah dari kawasaln luar bandar dengan niat suatu hari nanti akan menjadi ‘setinggan pemilik’.

ii.              Setinggan pemilik
Setinggan kategori merupakan mereka yang menjadi pemilik kepada rumah yang didiami tetapi bukan tanah. Biasanya golongan ini akan mendirikan rumah mereka di mana-mana sahaja tanah kosong yang dijumpai tanpa mengambilkira pemilik atau lokasi tanah tersebut.

iii.             Setinggan berkeras
Penduduk setinggan ketagori dahulunya merupakan setinggan penyewa, namun begitu tidak lagi membayar sewa selepas itu. Manakala, pemilik tanah pula takut untuk mengusir mereka keluar daripada tanah tersebut mungkin disebabkan penampilan golongan setinggan ini yang lebih agresif.

iv.             Setinggan tuan tanah
Golongan ini merupakan pemilik kepada bilik, pondok atau tempat tinggal, di mana mereka ini menyewakan ruangan tersebut namun pada harga yang tinggi.

v.              Setinggan speculator
Golongan ini dikategorikan sebagai professional dengan menjadikan petempatan setinggan sebagai bisnes yang menguntungkan. Kebiasaannya, golongan ini berkeyakinan bahawa pihak kerajaan atau tuan tanah akan membayar pampas an yang memuaskan kepada mereka sebelum mereka keluar daripada kawasan tersebut. Mereka ini dikenali sebangai golongan setinggan yang paling degil dan sukar untuk diuruskan. Setelah mereka keluar daripada satu-satu kawasan itu, mereka akan mencari tapak lain yang akan dibangunkan supaya mereka dapat menuntut pampas an lagi dan proses ini akan berulangan.

vi.             Setinggan pekerjaan
Golonagn ini merupakan setinggan yang menjalankan aktiviti pernbiagaab di atas tanah bukan milik mereka dan menjual barangan tanpa lessen perniagaan dan tanpa membayar cukai

 Antara kawasan setinggan di Kuala Lumpur

Kemusnahan harta disebabkan permahan yang tidak teratur