Saturday, December 21, 2013

EMPAT TUNGGAK KELESTARIAN KINGSTON

Bandar Kingston, Canada menggunakan empat tunggak sebagai pendekatan kepada kelestarian dan kemapanan. Keempat-empat tunggak yang dimaksudkan ialah tanggungjawab terhadap alam sekitar, kesamaan sosial, kestabilan ekonomi, dan kekukuhan budaya. Ia merupakan integrasi antara keempat-empat tunggak ini dalam memastikan Bandar Kingston dapat memacu dan menuju kea rah kelestarian. Ia adalah untuk memastikan tiada pertindihan dalam usaha menuju kea rah kelestarian di samping mewujudkan dan menyatakan peluang dalam mencapai objektif ini.

1)            Tanggungjawab terhadap alam sekitar
John Muir, seorang naturalis dan pemelihara alam Amerika, menyatakan bahawatanggungjawab terhadap alam sekitar merupakan perkara atau elemen penting dalam Pelan Kemapanan Kingston. Ini kerana semua aktiviti yang dijalankan manusia memberikan kesan kepada alam dan persekitaran. Sebliknya, kesihatan relatif alam sekitar akan menetukan  dan menyumbangkan kepada jenis dan skala aktiviti dalam tunggak lain pelan ini seperti ekonomi, budaya dan sosial. Walaupun kesemua tunggak mempunyai kedudukan yang sama di Kingston, namun begitu alam sekitar tidak mempunyai satu prinsip yang utama, kerana ia wujud di dalam tunggak yang lain. Apabila tunggak alam sekitar tidak dikekalkan, tunggak-tungak yang lain juga akan terhenti.

2)            Kesamaan sosial
Kesamaan sosial juga dititikberatkan dalam pelan kelestarian Kingston. Tunggak ini membantu agensi sosial dan penduduk untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan sosial dan untuk melibatkan rakyat dan rakan komunitiuntuk merancang keperluan tersebut. Keputusan akhir akan meningkatkan kebajikan penduduk untuk keseluruhan komuniti. Bersama ini, mereka merancang untuk meningkatkan modal insane dalam kalangan komuniti bagi meningkatkan kolaborasi untuk mencapai objektif yang sepunya (sama). Kepentingan tunggak sosial di Kingston dapat dilihat melalui penekanan terhadap individu dan kebajikan masyarakt di mana hal ini meliputi akses kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik, perumahan, makanan dan khidmat pendidikan.
3)            Kestabilan ekonomi
Kingston merupakan sebuah bandar yang dinanamik, penting dan mapan dari segi ekonomi memandangkan banyak kajian, inovasi, pelaburan dan perusahaan perniagaan berlaku di sini. Pembangunan ekonomi ini bergantung banyak kepada pembinaan hubungan dan jaringan antara perniagaan, ketua industri, institusi pendidikan, dan jga komuniti sendiri. Mereka bergantung kepada pembinaan budaya yang kuat, sosial dan asas ekonomi yang baik dalam menjayakan tunggak ini. Focus kepada kestabilan ekonomi ini ialah melalui penarikan lebih banyak pelaburan untuk perniagaan baharu di Kingston. Ini adalah penting dalam memastikan pertumbuhan bandar ini dan kempanannya adalah kuat dan sentiasa bergetar (hidup) demi kepentingan komuniti sendiri

4)            Kepentingan budaya
Dalam apapun objektif kelestarian manusia, penekanan terhadap kesejahteraan melalui pembangunan kualiti hidup dan kualiti persekitaran sangat diutamakan. Ini merupakan asas kepada tunggak budaya ini. Peranan yang dimainkan oleh seni, budaya dan warisan telah lama membawakankeindahan dalam kehidupan seharian kita. Aspek-aspek ini juga membentuk individu dan identity komuniti, perpaduan sosial dan menyumbang kepada pembentukan modal insan. Modal insane aladah hal penting yang perlu dituamakan kerana ia dapat membentuk dan melahirkan para cendekiawan, sensitivity dan kebijaksanaan yang akan menetukan dan menyokong kepada strategi pembangunan ekonomi, sosial dan ekologi di negara mereka.


Berdasarkan daripada penerangan ringkas mengenai tunggak kemapanan dan kelestarian yang dijalankan di Bandar Kingston, dapat kita lihat bawaha penekanan ini semuanya berkaitan tentang bagaimana mereka menjaga dan menuju kea rah kelestarian dengan membangunkan nilai manusia kerana manusia merupakan asas kepada kemapanan yang tidak berlaku, berlaku dan akan berlaku nanti. Negara kita juga perlulah malaksanakan dan mengnalpasti langkah sebegini dalam melahirkan golongan yang bukan sahaja berjuang untuk hidup tetapi berjuang untuk kepentingan bersama.


**Kredit kepada Sustainable Kingston Corporation untuk artikel mereka bertajuk "Empat Tunggak Kelestarian" yang boleh diakses di http://www.sustainablekingston.ca/community-plan/four-pillars-of-sustainability**

Monday, December 16, 2013

KAJIAN IMPAK TRAFIK

Kajian Impak Trafik atau TIA merupakan satu alat yang ampuh untuk para jurutera dan perancang bandar untuk menentukan kesan yang berkemungkinan berlaku terhadapa pengangkutan dan lalu lintas sebagai akibat daripada projek pembangunan yang dijalankan. Kebiasaanya kajian ini dijalankan di kawasan impak terus (direct impact area) dan langkah untuk mengatasi dan mengurangkan kesan negatif tersebut dalam satu-satu pembangunan. Selain itu, TIA juga merupakan alat yang berkesan untuk kerajaan tempatan, terutamanya dalam menguruskan trafik dan merancang sistem pengangkutan mereka yang lebih  baik.

Kajian Impak Trafik merupakan bahagian penting dalam Kajian Impak Alam Sekitar untuk mana-mana projek pembangunan. TIA memberikan maklumat mengenai skim formulasi pengurusan lalu lintas dan cadangan infrastruktur untuk masalah pengangkutan dan lalu lintas yang mungkin berlaku ketika kerja pembinaan dan operasi tapak. Namun begitu, skim pengurusan lalu lintas perlulah diintegrasikan dengan pembangunan lain dan skim yang riencanakan oleh kerajaan.

Senario yang dimahukan sekarang adalah kesemua pemaju untuk melaksanakan Kajian Impak Trafik secara menyeluruh untuk pelaksanaan projek mereka. Secara teorinya, TIA yang dijalankan boelh menurangkan masalah yang bakal dihadapi berkaitan dengan dengan kesan negatif yang mungkin timbulterhadapa aspek pengangkutan dan sistem lalu lintas. Namun begitu, kebanyakan pemaju ini beranggapan bahawa TIA ini mengambil masa yang lama dan memerlukan belanja yang tinggi. Oleh itu, bagi mengelak daripada melaksanakan TIA, pemaju akan mencuba mengurangkan impak projek mereka terhadapa aspek pengangkutan dan lalu lintas dengan bersetuju untuk tampil dengan pelan pengurusan trafik yang wajib sahaja.

Kemapanan dalam perancangan lalu lintas termasuklah dalam pembangunan yang efektif dan skimpengurusan lalu lintas yang praktikal hanya akan boleh drealisasikan apabila strategi tertentu untuk projek dibangunkan dengan mengambilkira cadanganprojek dan berintegrasi dengan skim pelaksanaan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Bagi menjamin sistem pengangkutan dan lalu lintas yang lebih baik pada masa hadapan, promosi terhadap penyediaan TIA perlulah dipergiat dalam kalangan pemaju oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan juga kerajaan melalui kementeriannya. Ini adalah penting bagi mengatasi dan mengurangkan masalah negatif yang bakal timbul sekiranya impak keseluruhan oleh satu-satu pembangunan tidak dikaji secara menyeluruh.


**Kredit kepada F. Regidor and R. Teodoro (2005) untuk artikel mereka bertajuk “Traffic Impact Assessment for Sustainable Traffic Management ad Transportation Planning in Urban Areas”**

AMSTERDAM SEBAGAI BANDAR PADAT (COMPACT CITY)

Terletak di kawasan tanah lembab, Amsterdam sebenarnya merupakan sebuah bandar yang beridir di atas tanah paya. Pada pandangan pertama, mungkin kita melihat Amsterdam ini tidak mempunyai sebarang kelebihan ataupun keunikan pada segi alamnya, namun sebenarnya, Amsterdam mempunyai pelbagai keunikan alam sekitar yang tersembunyi. Bandar inI merupakan bandar padat di mana setiap meter persegi tanahnya digunakan. Keadaan ini memberikan pelbagai kelebihan keada penduduknya kerana tahap ketersampaian mereka ke kawasan sekitar bandar ini sangat ini dan boleh bergerak dengan hanya menggunakan basikal. Walaupuan sebenarnya telah padat, namun beberapa tahun kebelakangan ini, bandar Amsterdam ini menjadi semakin padat di mana ia amat penting tentang bagaimana merek menggunakan sumber tanah yang ada. 

Perumahan dalam kawasan bandar di Amsterdam

Dengan melindungi lanskap bernilai dan kawasan hijau, mengambil contoh pengurangan pencemaran bunyi, menumpukan tempat letak kereta dan penyimpanan tenaga bawah tanah, melalui pemuliharaan air dan pembinaan bangunan bersifat mapan, kesemua ini menjadikan Amsterdam sebagai sebuah bandar yang lebih dinamik dan mapan untuk penduduknya dan juga generasi akan datang. Saban tahun, semakin ramai penduduk di Amsterdam mengatakan yang mereka semakin menghargai persekitaran mereka. Dalam kajian terkini yang telah dijalankan di bandar tersebut, mendapati bahawa 94% responden menyatakan bahawa mereka sangat gembira tinggal di Amsterdam. Namun begitu, Amsterdam tidak juga terkecuali daripada mendapat kritikan. 

Salah satu perkara yang meruncingkan berlaku di sini ialah pencemaran bunyi di mana satu daripada tiga penduduk mendapati pencemaran bunyi trafik misalnya daripada kenderaan bermotor, dan suku daripada responden terganggu oleh kerja pembinaan dan kerja perobohan bangunan. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan tempatan menggunakan asfalt rendah bunyi dalam kerja pembinaan jalan, dan menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik. Dalam kalangan penduduknya. Bandar Amsterdam merancangan untuk membuatkan puluhan ribu rumah sedia ada, ratusan ribu meter persegi kawasan pejabat, ribuan sekolah dan kesemua bangunannya sebagai neutral iklim. Kesemua struktur yang bakal dibina bermula pada tahun 2015 perlulah memenuhi criteria seperti penggunaan tenaga untuk menyejukkan, memanasakan, membekalkan tenaga dan air, perlulah datang dari dalam bangunan itu sendiri ataupun kawasan berdekatan tanpa menggunakan bahan bakar. 

Penggunaan kenderaan elektrik dan kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang rendah bagi suasana yang lebih tenang

Amsterdam juga menumpukan usaha kepada menghasilkan suasana sekitar yang lebih lebih dan tenang melalui usaha mempelbagaikan taman, kawasan riadah, taman awam dan juga kawasan lapang yang boleh sampai dalam masa 15 minit. Penghijau kawasan bandar Amsterdam juga semakin mendapat perhatian kerajaan tempatan kerana walaupun padat, kepentingan hijau dalam alam sekitar tidak boleh diabaikan. Kesemua ini adalah untuk memastikan bahawa penduduknya dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti walaupun bilangan penduduknya semakin bertambah.

Penyediaan kawasan lapang bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduknya

**Kredit kepada City of Amsterdam untuk laporan mereka bertajuk "Sustainability Report 2008-2009"** 

KAWASAN TADAHAN HIJAU (GREEN BELT)

Kawasan tadahan hijau atau “green belt” merujuk kepada kawasan yang dirizabkan untuk ruang terbuka (open space), yang pada kebiasaannya mengelilingi kawasan bandar besar. Tujuan utama merizabkan kawasan green belt ini adalah untuk melindungi tanah (land) di seitar kawasan bandar daripada ancaman rebakan bandar dan untuk mengekalkan kawasan yang dikhususkan untuk perhutanan dan pertanian serta habitat hidupan liar terjaga dan tidak terusik. Green belt menawarkan pelbagai kebaikan kepada populasi bandar dan juga desa.

Hal ini kerana, mengambil contoh proses rebakan bandar, sekiranya proses ini berlaku, maka kawasan tanah lapang akan diguna sebagai kawasan pembangunan di mana proses pembangunan ini akan mengganggu aktiviti pertanian yang dijalan penduduk dan juga akan memudarkan keunikan identity komuniti desa. Oleh itu, kawasan green belt akan membantu mencegah hal ini daripada berlaku agar kepentingan pertanian dan penduduk desa dapat dijaga. Bagi penduduk bandar pula, kawasan green belt ini berfungsi sebagai kawasan untuk mereka menjalankan aktiviti luar serta membenarkan mereka untuk mendapatkan udara bersih dan sihat dan kurang tercemar berbanding kualiti udara yang mereka ada di kawasan bandar.

Kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan green belt mestilah tidak dijalankan dengan sebarang pembangunan memandangkan kawasan green belt didefinisikan sebagai kawasan terbuka. Namun begitu, ia tidak bererti kawasan ini tidak boleh dibangunkan langsung. Kebiasaannya, pembangunan yang melibatkan penyediaan infrastruktur seprti sanitasi dan kemudahan pertanian adalah dibenarkan. Terdapat juga kes-kes pertukaran guna tanah kawasan green belt ini kepada guna tanah yang lain, dan untuk proses ini, perlulah mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Pun begitu, kes seperti ini jarang berlaku  namun ia bukanlah mustahil. Mengambil contoh misalnya kawasan pertanian yang tidak mendatangkan hasil ataupun terbiar, kawasan ini boleh dibangunkan sekiranya mendapat kebenara daripada PBT. Terdapat beberapa kes seperti ini namun ia bukanlah pada saiz yang besar. Polisi dalam memastikan kawasan green belt terus terjaga dan terpelihara  adalah penting untuk mengekalkan kepentingan kawasan ini dalam kehidupan kita.

Di UK misalnya, kerajaan UK melaksanakan polisi green belt melalui pihak berkuasa tempatan mereka. Kerajaan UK menggalakkan PBT mereka melindungi tanah di sekitar bandar mereka dengan menyediakan kawasan green belt. Kawasan ini berfungsi untuk menghalang perebakan kawasan bandar ke kawasan pinggir dan luar bandar. Malaysia juga seharusnya menggalakan polisi sebegini untuk dipergiatakan dan dikembangkan ke dalam pihak PBT agar kawasan lapang terus terjaga dan tidak sewenang-wenangnya dibangunkan demi memenuhi hasrat individu atau pihak berkepntingan. Tidak dinafikan bahawa pembangunan itu penting, namun kita juga tidak boleh menggadaikan alam demi memenuhi setiap tuntutan dan kemahuan kita. Perancangan yang teliti perlu dilaksanakan supaya kawasan green belt dapat dijaga dan terus terpelihara.


**kredit kepada The Tree Bench Company untuk artikel mereka bertajuk “What is Green Belt Land and Its Purpose”…

Sunday, December 15, 2013

KEHIDUPAN BANDAR: CERMINAN MASA HADAPAN

Bandar dan petempatan  bandar umumnya merupakan cerminan masa hadapan. Pada masa kini, terdapat lebih daripada 50% populasi dunia mendiami kawasan bandar. Pada tahun 2005, jumlah keselurahan penduduk bandar di dunia mencecah angka 3.17 billion, daripada jumlah keseluruhan populasi dunia iaitu sebanyak 6.45 billion. Tahun 2007 pula menunjukkan titik perubahan dalam sejarah manusia apabila penduduk dunia yang mendiami kawasan bandar pada pertama kalinya mencecah lebih daripada seprauh daripada jumlah keseluruhan populasi dunia. Pertamabahan populasi di kawasan bandar mempunyai impak yang tersendiri. Persoalannya, bagaimana ia memberi impak kepada bandar tersebut pada masa hadapan.

Melihatakan kepada fungsi asal bandar, yang berperanan sebagai pusat kecemerlangan, yang mengumpulkan para inovasi, pengusaha dan peniaga, ahli-ahli kewangan dan para ahli akademik. Kemasukan golongan ini membawa bersama mereka harapan penduduk lain yang mahukan perubahan dalam aspek kualiti jidup untuk diri mereka dan juga anak-anak mereka. Hal ini kerana, bandar juga memainkan peranan penting dalam membekalakan peluang pekerjaan kepada warga dunia, membawa kepada penjaga ekonomi berskala besar, dan juga masa depan yang lebih menjanjikan banyak pilihan dan peluang.

Namun begitu, dalam mengejar kemasyhuran dunia, pembangunan bandar juga telah disabitkan dengan punca berlakunya masalah alam sekitar, mengkelaskan dan memisahkan penduduk, dan membebankan lagi kualiti hidup masyarakat miskin. Selain itu, bandar turut dipersalahkan sebagai pusat penyebaran penyakit, permasalahan sosial, dan rasa yang tidak selamat. Walaupun bandar memberikan eluang pembangunan ekonomi, namun begitu bandar juga turut tidak terkecuali daripada  berhadapan dengan risiko pencemaran industri, bencana alam dan isu pemanasan global yang semakin meruncing.

Pembangunan bandar yang seimbang perlulah menitikberatkan keseimbangan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Dalam hal ini, bandar perlulah bertindakbalas dengan setiap perkara dan aspek daripada setiap sudut yang timbul. Bandar yang dikategorikan sebagai Berjaya perlulah menawarkan kepada pelabur keadaan dan suasana yang selamat, infrastruktur dan keefisienan. Dalam pada itu, keperluan penduduk dan populasi bandar juga perlu diutamakan dalam mana aktiviti perancangan kerana bandar yang berjaya merupakan bandar ynag memahamisegala isinya, asset alam sekitar, penduduk dan persekitaran yang asli mahupun buatan manusia bagi memastikan pulangan yang terbaik dapat diperoleh. Pembangunan ynag mapan perlulah ditikberatkan dalam perancangan dan aktiviti pembangunan supaya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dan organisma hidup serta tidak membebankan alamsekitar dengan masalah yang tidak diingini.


**Kredit kepada Cities Alliance di atas artikel mereka bertajuk “ Livable Cities: The Benefits of Urban Environmental Planning

Saturday, December 14, 2013

GARIS PANDUAN BANDAR HIJAU

Bagaimana terhasilnya Garis Panduan Bandar Hijau?

Pada tahun 2007, buat pertama kalinya dalam sejarah manusia, populasi dunia yang menetap di kawasan bandar melebihi kawasan luar bandar. Di Eropah, 4 daripada 5 orang penduduknya sekaranag tinggal di kawasan bandar dan kualiti kehidupan mereka sangat dipengaruhi oleh keadaan dan persekitaran bandar. Negara Ireland mendahului dalam senarai negara-negara Eropah dalam prestasi kepesatan perbandaran pada masa kini. Trend sekrang memperlihatkan kepada dunia bahawa populasi dunia sekarang sedang berubaha daripada tinggal di luar bandar kepada tinggal di dalam bandar.

Namun begitu, hasil daripada pertamabahan populsi dalam kawasan bandar yang berlaku disebabkan oleh kadar perbandaran yang semakin pesat telah menyebabkan pelbagai masalah timbul. Antara masalah yang timbul ialah seperti rebakan bandar (urban sprawl), penurunan kualiti persekitaran bandar dan kehilangan biodiversity. Rentetan daripada permasalahan inilah, maka keperluan untuk rekabentuk bandar yang lebih mapan dan pembangunan guna tanah yang lebih efisien serta perancangan yang lebih teliti diperlukan bagi mengatasi masalah tersebut.
Objektif Garis Panduan Bandar Hijau ialah untuk mengenalpasti peringkat-peringkat utama dalam perancangan dan pembangunan di mana kepelbagaian biodiversity dapat diintegrasikan ke dalam pembangunan bandar berskala sederhana sehingga berskala besar.selain itu, garis panduan ini juga dihasilkan bertujuan untuk menyatakan tentang pelaksanaan dan kaedah yang terbaik dalam menjaga dan memperbaiki biodiversity melalui pembangunan sepanjang hayat. Garis panduan ini telah mengambilkira 3 perkara pokok ataupun pendekatan, iaitu; peringkat utama dalam perancangan, kajian tentang panduan pengintegrasian biodiversity and pemeriksaan atau kajian terhadapa kajian kes daripada tipologi bandar yang terpilih.

Namun begitu, perancangan ke atas biodiversity bandar berdepan dengan beberapa cabaran. Antaranya ialah pertambahan populasi, tekanan pembangunan yang semakin kuat dan persaingan untuk pemilikian ruang. Pun begitu, bandar merupakan medium untuk yang dinamik dalam membolehkan peluang untuk pertumbuhan semula dan penambahbaikkan melalui rekabentuk inovatif dan kaedah terbaik yang telah dilaksanakan. Di Ireland misalnya, beberapa siri polisi perancangan telah dibangunkan dengan cara mengoptimumkan kemapanan dalam kawasan bandar.


Di Ireland misalnya, pertamabhan populasi bandar telah menyebabkan pemakaian polisi seperti pembangunan bercampur dan kaedah mapan seperti lokasi perumahan dan tempat kerja serta kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk  telah dilaksanakan negara ini juga turut membangunkan dan mempergiatkan hub pengangkutan  di dalam kawasan bandar. Kaedah yang telah dilaksanaka di Ireland, telah diadaptasi di beberapa negara Eropaha dan Barat yang lain dan kaedah serta cara pemikiran ini telah diinovasikan mengikut kesesuaian latar belakang negara masing-masing. 

Pemandangan Bandar Dublin yang berdensiti tinggi

Pembangunan baru berdensiti tinggi di Bandar Dublin bagi mengurangkan masalah yang dihadapi berikutan pertambahan populasi bandar 

Para pemikir dan cendekiawan yang ada di negara kita, Malaysia juga seharusnya mengadaptasi kaedah dan teori pelaksanaan, perancangan dan pembangunan yang telah dijalankan di negara-negara lain yang sudahpun boleh dikatakan Berjaya dalam mengurangkan masalah yang dihadapi oleh populasi bandar. Namun begitu, kaedah dan teori tersebut perlu diinovasi dan ditamabahbaik serta disesuaikan mengikut keadaan negara kita supaya ideologi Bandar Hijau dapat dilaksanakan dengan jayanya serta tidak terhenti ditengah jalan. Saya melihat keperluan kepada pemahan konsep Bandar Hijau ini sebagai satu keperluan dalam kita bersiap sedia menghdapai gelombang pertambahan populasi bandar di negara kita yang sudahpun mula dirasai sekarang. Semoga dengan adanya pemahaman yang lebih kritikal mengenai konsep ini dapat membantu kita mencegah atau setidaknya mengurangkan masalah yang dihadapi penduduk bandar pada masa kini dan juga akan datang.

**kredit kepada Urban Institute of Ireland untuk naskah berjudul "Green City Guidelines, 2008"**

SEMINAR PAPER: GREENING THE CITY