Kajian Impak Trafik atau TIA merupakan satu alat yang ampuh
untuk para jurutera dan perancang bandar untuk menentukan kesan yang
berkemungkinan berlaku terhadapa pengangkutan dan lalu lintas sebagai akibat
daripada projek pembangunan yang dijalankan. Kebiasaanya kajian ini dijalankan
di kawasan impak terus (direct impact area) dan langkah untuk mengatasi dan
mengurangkan kesan negatif tersebut dalam satu-satu pembangunan. Selain itu,
TIA juga merupakan alat yang berkesan untuk kerajaan tempatan, terutamanya
dalam menguruskan trafik dan merancang sistem pengangkutan mereka yang
lebih baik.
Kajian Impak Trafik merupakan bahagian penting dalam Kajian
Impak Alam Sekitar untuk mana-mana projek pembangunan. TIA memberikan maklumat
mengenai skim formulasi pengurusan lalu lintas dan cadangan infrastruktur untuk
masalah pengangkutan dan lalu lintas yang mungkin berlaku ketika kerja
pembinaan dan operasi tapak. Namun begitu, skim pengurusan lalu lintas perlulah
diintegrasikan dengan pembangunan lain dan skim yang riencanakan oleh kerajaan.
Senario yang dimahukan sekarang adalah kesemua pemaju untuk
melaksanakan Kajian Impak Trafik secara menyeluruh untuk pelaksanaan projek
mereka. Secara teorinya, TIA yang dijalankan boelh menurangkan masalah yang
bakal dihadapi berkaitan dengan dengan kesan negatif yang mungkin
timbulterhadapa aspek pengangkutan dan sistem lalu lintas. Namun begitu,
kebanyakan pemaju ini beranggapan bahawa TIA ini mengambil masa yang lama dan
memerlukan belanja yang tinggi. Oleh itu, bagi mengelak daripada melaksanakan
TIA, pemaju akan mencuba mengurangkan impak projek mereka terhadapa aspek
pengangkutan dan lalu lintas dengan bersetuju untuk tampil dengan pelan
pengurusan trafik yang wajib sahaja.
Kemapanan dalam perancangan lalu lintas termasuklah dalam
pembangunan yang efektif dan skimpengurusan lalu lintas yang praktikal hanya
akan boleh drealisasikan apabila strategi tertentu untuk projek dibangunkan
dengan mengambilkira cadanganprojek dan berintegrasi dengan skim pelaksanaan
yang dilaksanakan oleh kerajaan. Bagi menjamin sistem pengangkutan dan lalu
lintas yang lebih baik pada masa hadapan, promosi terhadap penyediaan TIA
perlulah dipergiat dalam kalangan pemaju oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan juga
kerajaan melalui kementeriannya. Ini adalah penting bagi mengatasi dan
mengurangkan masalah negatif yang bakal timbul sekiranya impak keseluruhan oleh
satu-satu pembangunan tidak dikaji secara menyeluruh.
**Kredit kepada F. Regidor and R. Teodoro (2005) untuk
artikel mereka bertajuk “Traffic Impact Assessment for Sustainable Traffic
Management ad Transportation Planning in Urban Areas”**
No comments:
Post a Comment