Saturday, December 14, 2013

GARIS PANDUAN BANDAR HIJAU

Bagaimana terhasilnya Garis Panduan Bandar Hijau?

Pada tahun 2007, buat pertama kalinya dalam sejarah manusia, populasi dunia yang menetap di kawasan bandar melebihi kawasan luar bandar. Di Eropah, 4 daripada 5 orang penduduknya sekaranag tinggal di kawasan bandar dan kualiti kehidupan mereka sangat dipengaruhi oleh keadaan dan persekitaran bandar. Negara Ireland mendahului dalam senarai negara-negara Eropah dalam prestasi kepesatan perbandaran pada masa kini. Trend sekrang memperlihatkan kepada dunia bahawa populasi dunia sekarang sedang berubaha daripada tinggal di luar bandar kepada tinggal di dalam bandar.

Namun begitu, hasil daripada pertamabahan populsi dalam kawasan bandar yang berlaku disebabkan oleh kadar perbandaran yang semakin pesat telah menyebabkan pelbagai masalah timbul. Antara masalah yang timbul ialah seperti rebakan bandar (urban sprawl), penurunan kualiti persekitaran bandar dan kehilangan biodiversity. Rentetan daripada permasalahan inilah, maka keperluan untuk rekabentuk bandar yang lebih mapan dan pembangunan guna tanah yang lebih efisien serta perancangan yang lebih teliti diperlukan bagi mengatasi masalah tersebut.
Objektif Garis Panduan Bandar Hijau ialah untuk mengenalpasti peringkat-peringkat utama dalam perancangan dan pembangunan di mana kepelbagaian biodiversity dapat diintegrasikan ke dalam pembangunan bandar berskala sederhana sehingga berskala besar.selain itu, garis panduan ini juga dihasilkan bertujuan untuk menyatakan tentang pelaksanaan dan kaedah yang terbaik dalam menjaga dan memperbaiki biodiversity melalui pembangunan sepanjang hayat. Garis panduan ini telah mengambilkira 3 perkara pokok ataupun pendekatan, iaitu; peringkat utama dalam perancangan, kajian tentang panduan pengintegrasian biodiversity and pemeriksaan atau kajian terhadapa kajian kes daripada tipologi bandar yang terpilih.

Namun begitu, perancangan ke atas biodiversity bandar berdepan dengan beberapa cabaran. Antaranya ialah pertambahan populasi, tekanan pembangunan yang semakin kuat dan persaingan untuk pemilikian ruang. Pun begitu, bandar merupakan medium untuk yang dinamik dalam membolehkan peluang untuk pertumbuhan semula dan penambahbaikkan melalui rekabentuk inovatif dan kaedah terbaik yang telah dilaksanakan. Di Ireland misalnya, beberapa siri polisi perancangan telah dibangunkan dengan cara mengoptimumkan kemapanan dalam kawasan bandar.


Di Ireland misalnya, pertamabhan populasi bandar telah menyebabkan pemakaian polisi seperti pembangunan bercampur dan kaedah mapan seperti lokasi perumahan dan tempat kerja serta kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk  telah dilaksanakan negara ini juga turut membangunkan dan mempergiatkan hub pengangkutan  di dalam kawasan bandar. Kaedah yang telah dilaksanaka di Ireland, telah diadaptasi di beberapa negara Eropaha dan Barat yang lain dan kaedah serta cara pemikiran ini telah diinovasikan mengikut kesesuaian latar belakang negara masing-masing. 

Pemandangan Bandar Dublin yang berdensiti tinggi

Pembangunan baru berdensiti tinggi di Bandar Dublin bagi mengurangkan masalah yang dihadapi berikutan pertambahan populasi bandar 

Para pemikir dan cendekiawan yang ada di negara kita, Malaysia juga seharusnya mengadaptasi kaedah dan teori pelaksanaan, perancangan dan pembangunan yang telah dijalankan di negara-negara lain yang sudahpun boleh dikatakan Berjaya dalam mengurangkan masalah yang dihadapi oleh populasi bandar. Namun begitu, kaedah dan teori tersebut perlu diinovasi dan ditamabahbaik serta disesuaikan mengikut keadaan negara kita supaya ideologi Bandar Hijau dapat dilaksanakan dengan jayanya serta tidak terhenti ditengah jalan. Saya melihat keperluan kepada pemahan konsep Bandar Hijau ini sebagai satu keperluan dalam kita bersiap sedia menghdapai gelombang pertambahan populasi bandar di negara kita yang sudahpun mula dirasai sekarang. Semoga dengan adanya pemahaman yang lebih kritikal mengenai konsep ini dapat membantu kita mencegah atau setidaknya mengurangkan masalah yang dihadapi penduduk bandar pada masa kini dan juga akan datang.

**kredit kepada Urban Institute of Ireland untuk naskah berjudul "Green City Guidelines, 2008"**

No comments:

Post a Comment