Monday, September 30, 2013

PENEROKAAN SUMBER


Penerokaan sumber bukanlah perkara asing dalam dunia pembangunan masa kini. Hal ini menjadi semakin parah apabila dunia revolusi berlaku dahulu. Barangkali, kesannya tidak dirasai oleh mereka yang mula-mula menjalakanknnya. Tetapi, generasi kini mula merasa tempias sebagai akibat peberokaan sumber secara tidak seimbang. Penerokaan sumber penting untuk pembangunan, namun wajarkah penerokaan sumber dijalankan secara berlebihan? Hal ini amat ketara sekala dalam kalangan negara-negara membangun seperti Malaysia.
Penerokaan hutan secara tidak yang boleh mendatangkan kerugian 


Penerokaan sumber misalnya untuk mendapatkan bahan-bahan semulajadi yang berharga dan bernilai semakin galak berlaku dalam kalangan komuniti kita sendiri. Tanpa mengendahkan akibat yang akan terjadi hasil daripada penerokaan sumber secara tidak seimbang dan tidak lestari ini. Penrokaan kawasan hutan misalnya untuk mendapatkan kayu-kayan berkualiti tinggi telah menyebabkan pelbagai masalah major atau besar terjadi. Walaupun kesan yang dialamai sangat ketara, namun ketamakan segeleintir manusia yang hanya mementingkan poket sendiri telah mendatangkan bahan kepada manusia dan alam sejagat.

Penerokaan sumber yang tidak efisien dan terkawal bakal dan akan membawa kesan yang lebih malang. Kejadian seperti perubahan pandang darat, kepupusan, peningkatan suhu, hakisan, banjir dan pencemaran merupakan sebahagian daripada impak yang terpaksa dihadapi penduduk. Barangkali mereka yang menjadi punca ini tidak berada di kawasan kejadian, oleh itu tidak merasai perit yang dihadapi oleh mangsa. Kematian, kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda dan kemiskinan merupakan perkara walang yang terpakasa dihadapi mangsa-mangsa kejadian dan kerakusan manusia ini.

Perubahan pandang darat misalnya yang berlaku di Tasik Pedu, Kedah, telah menyebabkan kawasan yang dahulunya terkenal dengan status ekopelancongan kini bertukar menjadi dataran tanah merah. Kayu-kayu yang bernilai jutaan ringgit dan mencecah utusan puluhan bahkan ratusan tahun telah ditebang dan bukit-bukau pula digondolkan. Walaupun Penilaian Impak Alam Alam Sekitar (EIA) telah dijalankan, namun masih jugak pemaju tidak mengendahkan risiko yang bakal dihadapi di situ.
Projek agropelancongan bakal menggantikan ekopelancongan di situ. Kawasan yang dahulunya menjadi kawasn hutan balak kini bakal menjadi menjadi kawasn yang dipenuhi dengan pokok mangga dan sebagainya. Bukannya saya hendak mengatakan apa yang direncakan ini tidak bagus, tetapi berbaloikah dengan apa yang kita hilangkan sedangkan rancangan agropelancongan tersebut boleh dijalankan seiring dengan ekopelancongan tanpa perlu menggondolkan kawasan tasik tersebut. 
 Tasik Pedu yang dahulu

 Kerakusan pembalakan

Tasik Pedu terkini...Apa dah jadi??

Sejujurnya, saya tidak bersetuju dengan pembangunan projek yang hanya menitikberatkan keuntungan semata-mata sehingga menggadaikan khazanah alam yang bernilai. Hal ini bukan sahaja memberi impak fizikal yang tidak elok, bahakan merencatkan pergerakan ekosistem alam. Daripada sini, kita sudah dapat lihat dan menjangkakan apa yang bakal berlaku sekiranya permasalahan sebagini tidak dibendung dan langkah-langkah yang lebih kritikal perlu diambil bagi mengelakkan khazanah alam ini tidak tergadai dek keuntungan semata-mata.   

Monday, September 16, 2013

USM: KAMPUS BEBAS TEMBAKAU


Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan universiti pertama di negara ini yang telah melaksanakan polisi bebas tembakau secara komprehensif menerusi Pojek USM Bebas Tembakau (Tobacco-free Project). Projek ini bertujuan untuk mewujudkan kampus yang bebas 100% daripada asap rokok dan sebarang bentuk pengiklanan, promosi danpenjualan produk tembakau dan projek ini merupakan kerjasama dengan Lembaga Promosi KEsihatan Malaysia (MySihat).

Polisi berkaitan tembakau di dalam kampus USM pula digubal dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 12 September 2012 dan merupakan pendekatan yang digunakan pihak USM untuk menjayakan projek ini. Peningkatan kesedaran tentang bahaya tembakau dan melibatkan warga USM dalam merealisasikan usaha murni ini menjadi antara agenda penting dalam mengerakkan projek ini.
logo USM: Kampus Bebas Tembakau

Secara peribadi, saya memandang langkah ini sebagai satu keperluan dalam meningkatkan kualiti kehidupan manusia, umumnya warga USM sendiri. Ini adalah salah satu gaya hidup yang lestari dan perlu diperluaskan lagi skop supaya tidak terhadap dalam bumi USM sahaja. Kita sendiri sedia maklum, rokok mengandungi lebih daripada 4,000 ribu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan manusia serpeti nikotin dan tar. Bahaya atau kesan merokok tidak terhad kepada perokok sahaja tetapi turut manusia di sekeliling. Bahkan, bahaya asap rokok kepada manusia di sekeliling adalah dua kali ganda berbanding kepada perokok itu sendiri.

Bahaya dalam sebatang rokok

Namun begitu, masih dikesalkan apabila inisiatif Kampus Bebas Tembakau ini masih tidak dihiraukan oleh segelintir pihak, bahkan dalam kalangan warga USM sendiri. Hal ini bukan buah mulut, tetapi bukti yang saya sendiri selaku warga USM melihatnya. Perihal USM sebagai Kampus Lestari nampaknya masih belum diahayati oleh golongan ini menjadikan usaha mewujudkan Kampus Bebas Tembakau sedikit terhalang. Walaupun tindakan seperti kompaun telah diwar-warkan, namun pada pandangan saya tindakan ini tidak cukup untuk mengurangkan masalah rokok dalam kawasan kampus. Justeru itu, apakah langkah yang wajar dilaksanakan? Mungkin saya, anda dan warga USM boleh bersama dalam mencari solusi kepada permasalahan ini.  

Di mana kesedaran kita?




Friday, September 13, 2013

GEORGE TOWN: “BANDAR KONKRIT” ATAS PULAU


George Town, Pualau Pinang merupakan antara bandar tertua di utara Malaysia. Peranannya sebagai bandar pelabuhan yang penting suatu ketika masih berfungsi sehingga sekarang walaupun memperlihatkan sedikit pengurangan. Pembangunan bandar ini merupakan asset penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini sendiri bahkan merupakan antara asset terpenting negara dalam pembentukan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan berfungsi sebagai satu daripada pusat konurbasi negara. Peranan bandar ini dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi tidak dapat disangkal lagi.

Pembangunan bandar ini hari memperlihatkan penekanan kepada pembangunan bersifat fizikal di mana keutamaan diberikan kepada pembangunan bangunan-bangunan tinggi bercirikan konkrit. Keadaan George Town hari ini memperlihatkan ciri bandar ini tidak ubah seperti bandar konkrit di atas pulau. Pembangunan fizikal yang ditekankan membuatkan keadaan hijau ini semakin terhakis. Pemandangan secara aerial kawasan bandar ini memperlihatkan dominasi bangunan konkrit serta struktur konkrit  di segenap ruang tanah. Manakala keadaan hijau pula semakin mengecil dan ini membimbangkan kita jika pembangunan fizikal terus mengambil tempat, tiada lagi kawasan hijau di atas muka bumi Geroge Town.
Struktur konkrit di segenap ceruk tanah

Perdebatan berlaku mengenai siapa yang harus dipersalahkan. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan ataupun pemaju yang rakuskan kemewahan yang perlu dipersalahkan? Dalam syarat pelan pembangunan sendiri telah dinyatakan bahawa pembangunan perlu mengandungi kawasan hijau dan bukan sekadar bangunan semata-mata. Adakah PBT yang perlu dipersalahkan memandangkan mereka yang meluluskan pelan ataupun pemaju yang menipu secara terang-terangan dengan sekadar menyediakan tanah untuk kawasan hijau di atas pelan? Situasi ini sangat kerap berlaku bukan sahaja di negeri ini bahkan di negeri-negeri lain. Sikap sebegini yang hanya mementingkan keuntungan bukan sahaja “membahayakan” alam sekitar, bahkan kita sebagai penghuni turut merasai tempias sebagai akibat daripada pembentukan bandar konkrit ini. 


Suasana lengang di siar kaki di tengah Bandar George Town