Bandar Kingston, Canada menggunakan empat tunggak sebagai
pendekatan kepada kelestarian dan kemapanan. Keempat-empat tunggak yang
dimaksudkan ialah tanggungjawab terhadap alam sekitar, kesamaan sosial,
kestabilan ekonomi, dan kekukuhan budaya. Ia merupakan integrasi antara
keempat-empat tunggak ini dalam memastikan Bandar Kingston dapat memacu dan
menuju kea rah kelestarian. Ia adalah untuk memastikan tiada pertindihan dalam
usaha menuju kea rah kelestarian di samping mewujudkan dan menyatakan peluang
dalam mencapai objektif ini.
1)
Tanggungjawab terhadap alam sekitar
John Muir, seorang naturalis dan
pemelihara alam Amerika, menyatakan bahawatanggungjawab terhadap alam sekitar
merupakan perkara atau elemen penting dalam Pelan Kemapanan Kingston. Ini
kerana semua aktiviti yang dijalankan manusia memberikan kesan kepada alam dan
persekitaran. Sebliknya, kesihatan relatif alam sekitar akan menetukan dan menyumbangkan kepada jenis dan skala
aktiviti dalam tunggak lain pelan ini seperti ekonomi, budaya dan sosial.
Walaupun kesemua tunggak mempunyai kedudukan yang sama di Kingston, namun
begitu alam sekitar tidak mempunyai satu prinsip yang utama, kerana ia wujud di
dalam tunggak yang lain. Apabila tunggak alam sekitar tidak dikekalkan,
tunggak-tungak yang lain juga akan terhenti.
2)
Kesamaan sosial
Kesamaan sosial juga
dititikberatkan dalam pelan kelestarian Kingston. Tunggak ini membantu agensi
sosial dan penduduk untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan sosial dan
untuk melibatkan rakyat dan rakan komunitiuntuk merancang keperluan tersebut.
Keputusan akhir akan meningkatkan kebajikan penduduk untuk keseluruhan
komuniti. Bersama ini, mereka merancang untuk meningkatkan modal insane dalam
kalangan komuniti bagi meningkatkan kolaborasi untuk mencapai objektif yang
sepunya (sama). Kepentingan tunggak sosial di Kingston dapat dilihat melalui
penekanan terhadap individu dan kebajikan masyarakt di mana hal ini meliputi
akses kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik, perumahan, makanan dan
khidmat pendidikan.
3)
Kestabilan ekonomi
Kingston merupakan sebuah bandar
yang dinanamik, penting dan mapan dari segi ekonomi memandangkan banyak kajian,
inovasi, pelaburan dan perusahaan perniagaan berlaku di sini. Pembangunan
ekonomi ini bergantung banyak kepada pembinaan hubungan dan jaringan antara
perniagaan, ketua industri, institusi pendidikan, dan jga komuniti sendiri.
Mereka bergantung kepada pembinaan budaya yang kuat, sosial dan asas ekonomi
yang baik dalam menjayakan tunggak ini. Focus kepada kestabilan ekonomi ini
ialah melalui penarikan lebih banyak pelaburan untuk perniagaan baharu di
Kingston. Ini adalah penting dalam memastikan pertumbuhan bandar ini dan
kempanannya adalah kuat dan sentiasa bergetar (hidup) demi kepentingan komuniti
sendiri
4)
Kepentingan budaya
Dalam apapun objektif kelestarian
manusia, penekanan terhadap kesejahteraan melalui pembangunan kualiti hidup dan
kualiti persekitaran sangat diutamakan. Ini merupakan asas kepada tunggak
budaya ini. Peranan yang dimainkan oleh seni, budaya dan warisan telah lama
membawakankeindahan dalam kehidupan seharian kita. Aspek-aspek ini juga
membentuk individu dan identity komuniti, perpaduan sosial dan menyumbang
kepada pembentukan modal insan. Modal insane aladah hal penting yang perlu dituamakan
kerana ia dapat membentuk dan melahirkan para cendekiawan, sensitivity dan
kebijaksanaan yang akan menetukan dan menyokong kepada strategi pembangunan
ekonomi, sosial dan ekologi di negara mereka.
Berdasarkan daripada penerangan
ringkas mengenai tunggak kemapanan dan kelestarian yang dijalankan di Bandar
Kingston, dapat kita lihat bawaha penekanan ini semuanya berkaitan tentang
bagaimana mereka menjaga dan menuju kea rah kelestarian dengan membangunkan
nilai manusia kerana manusia merupakan asas kepada kemapanan yang tidak
berlaku, berlaku dan akan berlaku nanti. Negara kita juga perlulah malaksanakan
dan mengnalpasti langkah sebegini dalam melahirkan golongan yang bukan sahaja
berjuang untuk hidup tetapi berjuang untuk kepentingan bersama.
**Kredit kepada Sustainable Kingston Corporation untuk artikel mereka bertajuk "Empat Tunggak Kelestarian" yang boleh diakses di http://www.sustainablekingston.ca/community-plan/four-pillars-of-sustainability**