Setinggan merupakan isu yang sentiasa dicanang saban tahun
dalam pembentukan imej Malaysia yang lebih baik. Masalah setinggan bukanlah
perkara yang baru timbul hasil daripada tuntutan kemjuan dan pemodenan, tetapi
telah lama wujud sedari tahun 1970an lagi. Biasanya setinggan dikaitkan dengan
penduduk golongan kelas bawahan yang mendiami kawasan bandar, terutama kawasan
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur (Abdul Rahman Embong et al., 2011). Di
dalam kajian beliau bersama sekumpulan lagi penyelidik dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), masalah setinggan merupakan masalah serius dalam
bandar-bandar hari ini akibat proses perbandaran yang berlaku dengan pesat.
Pada tahun 2011 sahaja, dianggarkan seramai 50,000 keluarga dengan penduduk
seramai 300,000 orang telah menetap di kawasan setinggan di seluruh negara. Di
Kuala Lumpur sahaja, penduduk setinggan telah membentuk sebanyak lebih kurang
25% daripada jumlah penduduk di Bandaraya Kuala Lumpur ini. Dalam penulisan
Abram (1966) dan Abdul Aziz Husin (2004), mereka telahm engklasifikasikan
setinggan kepada enam kategori, iaitu:
i.
Setinggan penyewa
Setingan jenis ini merupakan golongan setinggan yang paling miskin.
Golongan ini menyewa rumah daripada golongan setinggan lain. Kebiasaannya,
golongan ini terdiri daripada mereka yang baru berpindah dari kawasaln luar
bandar dengan niat suatu hari nanti akan menjadi ‘setinggan pemilik’.
ii.
Setinggan pemilik
Setinggan kategori merupakan mereka yang menjadi pemilik kepada rumah
yang didiami tetapi bukan tanah. Biasanya golongan ini akan mendirikan rumah
mereka di mana-mana sahaja tanah kosong yang dijumpai tanpa mengambilkira
pemilik atau lokasi tanah tersebut.
iii.
Setinggan berkeras
Penduduk setinggan ketagori dahulunya merupakan setinggan penyewa, namun
begitu tidak lagi membayar sewa selepas itu. Manakala, pemilik tanah pula takut
untuk mengusir mereka keluar daripada tanah tersebut mungkin disebabkan
penampilan golongan setinggan ini yang lebih agresif.
iv.
Setinggan tuan tanah
Golongan ini merupakan pemilik kepada bilik, pondok atau tempat tinggal,
di mana mereka ini menyewakan ruangan tersebut namun pada harga yang tinggi.
v.
Setinggan speculator
Golongan ini dikategorikan sebagai professional dengan menjadikan
petempatan setinggan sebagai bisnes yang menguntungkan. Kebiasaannya, golongan
ini berkeyakinan bahawa pihak kerajaan atau tuan tanah akan membayar pampas an
yang memuaskan kepada mereka sebelum mereka keluar daripada kawasan tersebut.
Mereka ini dikenali sebangai golongan setinggan yang paling degil dan sukar
untuk diuruskan. Setelah mereka keluar daripada satu-satu kawasan itu, mereka
akan mencari tapak lain yang akan dibangunkan supaya mereka dapat menuntut
pampas an lagi dan proses ini akan berulangan.
vi.
Setinggan pekerjaan
Golonagn
ini merupakan setinggan yang menjalankan aktiviti pernbiagaab di atas tanah
bukan milik mereka dan menjual barangan tanpa lessen perniagaan dan tanpa
membayar cukai
Antara kawasan setinggan di Kuala Lumpur
Kemusnahan harta disebabkan permahan yang tidak teratur
No comments:
Post a Comment