Setinggan yang wujud pada hari berlaku disebabkan oleh
beberapa faktor yang telah dikenalpasti.
i.
Peningkatan aktiviti perindustrian
Aktiviti perindustrian di kawasan bandar-bandar seperti di Kuala Lumpur
semakin banyak berkembang dan ini menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
masyarakat. Hal ini menyebabkan berlakunya migrasi oleh penduduk luar bandar ke
kawasan bandar memandangkan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan di
kawasan bandar ini. Pembukaan lebih banyak kawsan industri ini memberikan
peluang kepada penduduk luar bandar untuk merebut peluang yang lebih baik bagi
mengubah hidup mereka. Namun malangnya, hal ini menjadikan penduduk di kawasan
bandar bertambah padat dan menyebabkan kemudahan kediaman dan petempatan tidak
dapat dipenuhi. Jadi sebagai alternatif yang lebih mudah, golongan ini
menjadikan kawasan setinggan sebagai pilihan mereka. Ini mata ketara bagi
golongan yang baru berhijrah ke kewasan bandar memandangkan mereka perlu
menstabilkan dulu ekonomi mereka. Namun begitu, rata-rata penduduk yang menjadikan
setinggan sebagai kediaman mereka telah menyebabkan masalah setinggan di negara
ini terus vberlaku.
ii.
Kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI)
Golongan PATI bukanlah lagi satu fenomena luar biasa yang berlaku di
negara ini. Kebanjiran PATI ini telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu dan
trend ini semakin meningkat saban tahu. Golngan ini masuk melalui pelbagai
saluran secara haram dan membanjiri kawasan petempatan penduduk tempatan. Namun
begitu, kebanjiran mereka ini juga turut mendiami kawasan setinggan menjadikan
masalah setinggan ini semakin teruk. Ini mungkin disebabkan oleh kedegilan
majikan yang mahu mendaptkan tenaga buruh yang ;ebih rendah berbanding guna
tenaga tempatan yang lebih mahal.
iii.
Penduduk tempatan yang berpendapatan rendah
Majalah Massa (2000) menyatakan bhawa petempatan haram itu merupakan
tujuan utama bagi penduduk berpendapatan rendah utuk menetap dan bernafas di
bandar utama. Perbandaran dan juga kos sara diri yang semakin meningkat juga
menyebabkan taraf hidup penduduk turut meningkat. Hal ini merupakan sebahagiam
daripada penduduk bandar terutamanya yang berpendpatan rendah tidak mampu untuk
mendaptkan kediaman yang lebih baik. Justeru itu, ini menyebabkan mereka
memilih kawasan setinggan sebagai kawasan kediaman mereka mengikut kemampuan
mereka.
iv.
Wujudnya kawasan terbiar
Kawasan-kawasan terbiar terutamanya di kawasan bandar yang tiada pantauan
dan pemerikasaan daripada pihak berkuasa memberikan kesempatan kepada golongan
tidak bertanggungjawab ini
sewenang-wenangnya mendirikan petempatan mereka sendiri tanpa menghiraukan
status pemilikan tanah tersebut.
v.
Kurangnya rumah kos rendah
Trend
pembangunan hartanah berbentuk perumahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini
memperlihatkan pemaju lebih gemar membangunkan perumahan kos sederhana dan
tinggi. Ini menyebabkan kesulitan kepada golongan berpendapatan rendah
memandangkan mereka tidak mampu untuk mendapatkan dan memiliki perumahan
tersebut. Ini mendrong mereka untuk membina petempatan setinggan memandangkan
kosnya lebih murah dan tidak perlu membayar sewa bulanan yang membebankan.
Faktor-faktor yang disenaraikan di atas hanyalah sebahagian
sahaja daripada perlbagai factor lain yang menyebabkan permasalahan setinggan
berlaku dan terus berlaku. Walau bagaimanapun, usaha dan kajian yang terancang
hendaklah dijalankan bagi memastikan masalah setinggan ini tidak terus
menghantui pembangunan negara Malaysia. Ini kerana, imej yang dibawakan oleh
perumahan setinggan memberikan refleksi yang kurang elok kepada negara.
Kredit kepada Pahlawan Terakhir, pemilik blog di http://pahlawan-terakhir.blogspot.com/2011/11/isu-penempatan-setinggan.html
No comments:
Post a Comment