Setiap ahli pemikir mempunyai pendapat masing-masing dalam
mendefinisikan komuniti lestari. Misalnya, Jabatan Perumahan, dan Pembangunan
Bandar U.S (HUD), Jabatab Pengangkutan U.S (DOT) dan Agensi Pemeliharaan Alam
Sekitar (EPA) dalam usaha meningkatkan akses penduduk kepadaperumahan mampu
milik telah mendefinisikan komuniti lestari sebagai sebuah kawasan yang
mempunyai kepelbagaian perumahan dan pilihan pengangkutan, mengurangkan
pencemaran dan air larian permukaan, mengurangkan kos infrastruktur, memelihara
kawasan bersejarah dan kawasan sensitif, mengurangkan masa perjalan, mantap
ekonomi dan memenuhi permintaan pasaran perumahan mengikut jenis harga.
Tujuan kepada semua ini adalah untuk membolehkan komuniti
bandar, luar bandar dan pinggir bandar untuk mendapatkan kehidupan yang lebih
baik dengan melabur untuk kesihatan, keselamatan dan kawasan kejiranan yang
berada dalam lingkungan pejalan kaki. Pembangunan komuniti lestari merupakan
wadah penting dalam pembangunan negara amnya, kerana ia mengeratkan lagi
hubungan antara ekonomi, menambahkan lebih peluang pekerjaan di samping
menyediakan asas untuk bertahan dalam jangka masa panjang, penggunaan tenaga
secara efisien, dan mengekalkan kesihatan manusia dan alam sekitar.
Pembangunan komuniti lestari bukan sahaja bersandarkan
kepada pembangunan masyrakat sahaja namun juga berkait dengan kesaksamaan,
bekalan air, pengangkutan yang baik, penguunaan tenaga dan pengurusan sisa dan
pepejal. Dalam erti kata lain, berdasarkan kepada pembacaan saya, komuiniti
lestari ini memberikan penekanan lebih kepada kelestarian alam sekitar dan juga
kelestarian ekonomi.
Dalam membentuk kepada pembangunan komuniti lestari, Jabatan
Perumahan, dan Pembangunan Bandar U.S (HUD), Jabatab Pengangkutan U.S (DOT) dan
Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar (EPA) telah menggariskan beberapa prinsip yang
saya rasakan berseusian juga untuk dilaksanakan di Malaysia, bahkan sebenarnya
sebahagian daripada prinsip-prinsip yang digariskan sebanarnya sudahpun
dilaksanakan dalam pemerkasaan komuniti lestari di Malaysia. Antara prinsip
tersebut ialah:
- · Penyediaan kepelbagaian mod pengangkutan
- · Menggalakkan perumahan mampu milik
- · Menambahbaik ekonomi yang kompetitif
- · Menyokong komuniti sedia ada
- · Koordinasi antara polisi di persekutuan dan pelaburan
- · Menghargai komuniti dan kejiranan
Prinsip-prinsip di atas nyata memberikan penekanan kepada
pembangunan komuniti dan juga pembentukan ekonomi yang lebih baik. Malaysia
juga perlu belajar daripada negara maju yang lain (sharing knowledge or
transferring knowledge) dalam usaha menjitukan lagi langkah-langkah awal yang
telah dilaksanakan dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti, misalnya dalam
aspek penyediaan perumahan mempu milik.
*kredit kepada , Jabatan Perumahan, dan Pembangunan Bandar
U.S (HUD), Jabatab Pengangkutan U.S (DOT) dan Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar
(EPA) untuk artikel mereka yang boleh dilayari di http://www.sustainable communities.gov
No comments:
Post a Comment