Pemanasan global merupakan isu sejagat yang semakin
menunjukkan tanda-tanda yang ketara dalam dunia hari ini. Fenomena ini berlaku
disebabkan oleh peningkatan pemerapan gas yang dipanggil sebgai gas rumah hijau
yang mana gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar
ke atmosfera. Gas rumah hijau ini bersifat membiarkan bahang matahari
menembusinya tetapi tidak membenarkan bahang bumi dipantulkan semula ke
atmosfera. Di antara jenis-jenis gas rumah hijau ini ialah karbon monoksida,
karbon dioksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, dan nitrogen dioksida.
Peningkatan pemanasan global yang dialami dunia hari ini dapat drasai dengan
jelas terutama di kawasan kutub utara dan selatan kawasan pembangunan
perindustrian, dan kawasan bandar
(Azahari, 2007).
illustrasi proses pemanasan global
Terdapat pelbagai punca dan factor yang mendorong kepada
peningkatan pemanasan global sejagat pada hari ini.
Antara punca utama yang dapat dikenalpasti mendorong kepada
peningkatan pemanasan global hari ini ialah perindustrian. Bidang perindustrian
banyak menggunakan bahan api fosil seperti arang batu dan gas bagi menggerakkan
msein dan jentera. Negara seperti China dan India merupakan antara negara yang
sangat bergantung kepada penggunaan bahan bakar fosil ini. Intergovernmental
Panel on Climate Change (IPCC) mendesak seluruh kerajaan dunia dan penduduk
dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera namun negara membangun
seperti India China tidak bersetuju dengan pengurangan penggunaan bahan bakar
fosil.
peningkatan bidang perindustrian
Faktor kedua peningkatan pemanasan global dunia hari ini
ialah pengangkutan. Gaya hidup masyarakat dunia hari ini yang mementingkan
penggunanaan pengangkutan yang membakar bahan bakar minyak bagi menggerakkan
kenderaaan telah menyebabkan masalah pemanasan global hari ini semakin teruk.
Pembakaran minyak tanpa plumbum telah meningkatkanpembebasan gas kerbon
monoksida dan karbon dioksida ke ruang udara. Banyangkan jika seluruh dunia
hari ini bergantung kepada pengangkutan yang memerlukan kepada penggunaan bahan
bakar seperti petrol ini.
Selain itu, masalah pembakaran hutan yang semakin kerap
berlaku juga menyebabkan masalah pemanasan global ini semakin teruk berlaku.
Pembakaran hutan misalnya yang berlaku di Sumatera telah berlaku secara
berleluasa dan bsar-besaran bagi membersihkan kawasan hutan untuk menjalankan
kegiatan pertanian, petempatan mahupun pembangunan dan hal ini telah mendorong
kepada krisis pemanasan global dunia. Pembakaran hutan yang dijalankan
telahmenyebabkan keseimbangan oksigen dan karbon dioksida di ruang udara
menjadi tidak seimbang. Pembakaran menyebabkan lebiha karbon dioksida terkumpul
lalu menyumbang kepada gejala pemanasan global.
Dalam kehidupan seharian kita , sebenarnya tanpa kita sedar
aktiviti pertanian dan penternakakn juga turut menyumbang kepada peningkatan
pemanasan global. Hal ini kerana, aktiviti pertanian banyak menggunakan
racun-racun serangga dan baja yang secara berlebihan di mana penggunaan racun
serangga dan baja kimia secara berlebihan ini sebenarnya telah mengeluarkan
banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana. Kegiatan penternakan walaupun
penting dalam enjana ekonomi sebenarnya juga menyumbang kepada pemanasan
global. Pembuangan najis haiwan ternakan seperti lembu dan kambing telah menyebabkan
lebih banyak gas metana dilepaskan ke ruang udara.
cantik, tetapi menyumbang kepada pemanasan global
Kredit kepada Azahari di http://my-work-global-warming.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment