Penerokaan sumber bukanlah perkara asing dalam dunia
pembangunan masa kini. Hal ini menjadi semakin parah apabila dunia revolusi
berlaku dahulu. Barangkali, kesannya tidak dirasai oleh mereka yang mula-mula
menjalakanknnya. Tetapi, generasi kini mula merasa tempias sebagai akibat
peberokaan sumber secara tidak seimbang. Penerokaan sumber penting untuk
pembangunan, namun wajarkah penerokaan sumber dijalankan secara berlebihan? Hal
ini amat ketara sekala dalam kalangan negara-negara membangun seperti Malaysia.
Penerokaan hutan secara tidak yang boleh mendatangkan kerugian
Penerokaan sumber misalnya untuk mendapatkan bahan-bahan
semulajadi yang berharga dan bernilai semakin galak berlaku dalam kalangan
komuniti kita sendiri. Tanpa mengendahkan akibat yang akan terjadi hasil
daripada penerokaan sumber secara tidak seimbang dan tidak lestari ini.
Penrokaan kawasan hutan misalnya untuk mendapatkan kayu-kayan berkualiti tinggi
telah menyebabkan pelbagai masalah major atau besar terjadi. Walaupun kesan
yang dialamai sangat ketara, namun ketamakan segeleintir manusia yang hanya
mementingkan poket sendiri telah mendatangkan bahan kepada manusia dan alam
sejagat.
Penerokaan sumber yang tidak efisien dan terkawal bakal dan
akan membawa kesan yang lebih malang. Kejadian seperti perubahan pandang darat,
kepupusan, peningkatan suhu, hakisan, banjir dan pencemaran merupakan
sebahagian daripada impak yang terpaksa dihadapi penduduk. Barangkali mereka
yang menjadi punca ini tidak berada di kawasan kejadian, oleh itu tidak merasai
perit yang dihadapi oleh mangsa. Kematian, kehilangan orang yang disayangi,
kemusnahan harta benda dan kemiskinan merupakan perkara walang yang terpakasa
dihadapi mangsa-mangsa kejadian dan kerakusan manusia ini.
Perubahan pandang darat misalnya yang berlaku di Tasik Pedu,
Kedah, telah menyebabkan kawasan yang dahulunya terkenal dengan status
ekopelancongan kini bertukar menjadi dataran tanah merah. Kayu-kayu yang
bernilai jutaan ringgit dan mencecah utusan puluhan bahkan ratusan tahun telah
ditebang dan bukit-bukau pula digondolkan. Walaupun Penilaian Impak Alam Alam
Sekitar (EIA) telah dijalankan, namun masih jugak pemaju tidak mengendahkan
risiko yang bakal dihadapi di situ.
Projek agropelancongan bakal menggantikan ekopelancongan di
situ. Kawasan yang dahulunya menjadi kawasn hutan balak kini bakal menjadi
menjadi kawasn yang dipenuhi dengan pokok mangga dan sebagainya. Bukannya saya
hendak mengatakan apa yang direncakan ini tidak bagus, tetapi berbaloikah
dengan apa yang kita hilangkan sedangkan rancangan agropelancongan tersebut
boleh dijalankan seiring dengan ekopelancongan tanpa perlu menggondolkan
kawasan tasik tersebut.
Tasik Pedu yang dahulu
Kerakusan pembalakan
Tasik Pedu terkini...Apa dah jadi??
Sejujurnya, saya tidak bersetuju dengan pembangunan
projek yang hanya menitikberatkan keuntungan semata-mata sehingga menggadaikan
khazanah alam yang bernilai. Hal ini bukan sahaja memberi impak fizikal yang
tidak elok, bahakan merencatkan pergerakan ekosistem alam. Daripada sini, kita
sudah dapat lihat dan menjangkakan apa yang bakal berlaku sekiranya
permasalahan sebagini tidak dibendung dan langkah-langkah yang lebih kritikal
perlu diambil bagi mengelakkan khazanah alam ini tidak tergadai dek keuntungan
semata-mata.
No comments:
Post a Comment