George Town, Pualau Pinang
merupakan antara bandar tertua di utara Malaysia. Peranannya sebagai bandar
pelabuhan yang penting suatu ketika masih berfungsi sehingga sekarang walaupun
memperlihatkan sedikit pengurangan. Pembangunan bandar ini merupakan asset
penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini sendiri bahkan merupakan antara
asset terpenting negara dalam pembentukan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
dan berfungsi sebagai satu daripada pusat konurbasi negara. Peranan bandar ini
dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi tidak dapat disangkal lagi.
Pembangunan bandar ini hari
memperlihatkan penekanan kepada pembangunan bersifat fizikal di mana keutamaan
diberikan kepada pembangunan bangunan-bangunan tinggi bercirikan konkrit.
Keadaan George Town hari ini memperlihatkan ciri bandar ini tidak ubah seperti
bandar konkrit di atas pulau. Pembangunan fizikal yang ditekankan membuatkan
keadaan hijau ini semakin terhakis. Pemandangan secara aerial kawasan bandar
ini memperlihatkan dominasi bangunan konkrit serta struktur konkrit di segenap ruang tanah. Manakala
keadaan hijau pula semakin mengecil dan ini membimbangkan kita jika pembangunan
fizikal terus mengambil tempat, tiada lagi kawasan hijau di atas muka bumi Geroge
Town.
Struktur konkrit di segenap ceruk tanah
Perdebatan berlaku mengenai siapa
yang harus dipersalahkan. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan ataupun pemaju yang
rakuskan kemewahan yang perlu dipersalahkan? Dalam syarat pelan pembangunan
sendiri telah dinyatakan bahawa pembangunan perlu mengandungi kawasan hijau dan
bukan sekadar bangunan semata-mata. Adakah PBT yang perlu dipersalahkan
memandangkan mereka yang meluluskan pelan ataupun pemaju yang menipu secara
terang-terangan dengan sekadar menyediakan tanah untuk kawasan hijau di atas
pelan? Situasi ini sangat kerap berlaku bukan sahaja di negeri ini bahkan di
negeri-negeri lain. Sikap sebegini yang hanya mementingkan keuntungan bukan
sahaja “membahayakan” alam sekitar, bahkan kita sebagai penghuni turut merasai
tempias sebagai akibat daripada pembentukan bandar konkrit ini.
Suasana lengang di siar kaki di tengah Bandar George Town
No comments:
Post a Comment